fbpx

49,000 akaun pengguna terima manfaat projek naik taraf LRA Jenun Baru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin (tengah) melawat tapak projek naik taraf LRA Jenun Baru di Pendang hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN

PENDANG – Sebanyak 49,000 akaun pengguna air di sini, Yan dan sebahagian Gurun bakal menerima manfaat besar daripada projek naik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Jenun Baru yang dijangka siap sepenuhnya pada 4 April tahun depan.

Menurut Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, projek tersebut LRA tersebut mampu meningkatkan kapasiti pengeluaran air kepada 110 juta liter sehari (MLD) berbanding 55 juta MLD ketika ini.

“Apabila LRA itu siap nanti, penduduk akan menerima bekalan air terawat yang berkualiti, bersih dan mencukupi di Pendang, Yan serta sebahagian Gurun.

“Kita telah mengambil kira unjuran pertambahan penduduk termasuk keperluan kawasan industri di Gurun,” katanya pada sidang akhbar selepas diberi taklimat mengenai projek tersebut di sini hari ini.

Kata beliau, skop naik taraf LRA itu turut merangkumi pembinaan tangki air di Bukit Jambul, di sini manakala di Yan pula, terdapat pembinaan menara tangki air di Sedaka, rumah pam di Kampung Ruat dan tangki air di Tanjung Jaga.

“Selain itu, terdapat juga kerja pemasangan sistem paip yang menghubungkan LRA Jenun Baru dengan tangki air baharu sepanjang 46 kilometer,” ujarnya.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, kos keseluruhan projek menaik taraf LRA itu sebanyak RM156.85 juta.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI