fbpx

Pemberi maklumat kepada JKDM dapat ganjaran 10 peratus dari rampasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (dua kiri) ketika menyampaikan sumbangan sempena Program Khidmat Bakti Masyarakat (CSR) JKDM di Surau Taawuniah, Rumah Rakyat Teluk Kemang, Negeri Sembilan hari ini. - Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/ KOSMO!

PORT DICKSON – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengumumkan pemberian ganjaran kepada individu yang menyalurkan maklumat berhubung barangan lari cukai ‘RMK’ iaitu rokok, minuman keras dan kenderaan kepada jabatan berkenaan sekiranya terdapat rampasan kejayaan hasil dari maklumat berkenaan.

Malah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ganjaran bagi pemberi maklumat kategori A berkenaan yang diberikan sebanyak 10 peratus itu juga adalah termasuk maklumat berkaitan dadah yang masuk atau transit di negara ini.

Menurutnya, Kategori A pemberi maklumat yang dimaksudkan ialah sekiranya serbuan yang dibuat berdasarkan maklumat berkenaan berjaya menemui barang lari cukai ataupun dadah dan juga individu yang disyaki terbabit dalam barangan tersebut.

“Kerja-kerja jahat ini masih banyak lagi dibuat di luar sana. Oleh kerana itu, kita memerlukan maklumat-maklumat yang tepat daripada orang ramai kerana perlarian cukai ini merugikan negara, merugikan rakyat. Oleh itu, saya ingin menyeru sama ada rakyat biasa atau orang dalam untuk memberikan maklumat dan Akan diberikan ganjaran jika benar.

“Kita dah mulakan pemberian ganjaran ini semak dari dulu lagi tetapi tidak warwarkan. Ketua Pengarah JKDM (Datuk Zazuli Johan) baharu sahaja sain ganjaran RM1 juta kepada pemberi maklumat dan memang ada peruntukan untuk pemberi ganjaran yang mana kita akan nilaikan mengikut kategori,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Khidmat Bakti Masyarakat (CSR) JKDM di Surau Taawuniah, Rumah Rakyat Teluk Kemang, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berlainan, di Pulau Pinang JKDM berjaya membuat rampasan dadah sebanyak 1068 kilogram dadah dan semalam sebanyak 232 kilogram dadah jenis amphetamine bernilai RM17 juta.

Sementara itu, Mohamad Hafiz berkata, sehingga 31 Jun lalu, JKDM Negeri Sembilan telah pun mencapai kutipan sebanyak RM 308,078,241.85 iaitu 52.38 peratus berbanding RM 588,124,500.00 (RM 588Juta) sasaran hasil terkini pada tahun ini.

Menurutnya, setakat ini, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dilaporkan telah mengutip cukai berjumlah RM28.13 bilion setakat 17 Julai lalu iaitu 3.6 peratus lebih tinggi berbanding kutipan tempoh sama 2022 berjumlah RM27.16 bilion. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI