fbpx

TPM arah Mara semak semula skim gaji pendidik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (belakang, tengah) bergambar bersama sebahagian penerima anugerah pendidik pada Hari Anugerah Pendidik Mara 2023 yang berlangsung di Hotel Premiera hari ini. -Foto MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Raya (Mara) diarahkan untuk membuat semakan semula terhadap skim gaji bagi pendidik Institusi Pendidikan Mara (IPMA).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara tersebut perlu dilaksanakan berikutan ada dalam kalangan pendidik IPMA yang terpinggir meskipun skim gaji institusi itu setara dengan pendidik di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

“Saya memberikan komitmen hari ini, di sini, bahawa tolong lihat semua skim gaji para pendidik.

“Saya tahu skema kita setara dengan pendidik KPM, tetapi ada yang terpinggir, ada yang terpencil,” katanya ketika berucap semasa majlis Hari Anugerah Pendidik MARA 2023, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pengarah Mara, Datuk Seri Azhar Abdul Manaf.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, sistem Pendidikan Mara yang cemerlang perlu dipertahankan dan diberi nafas baru bagi mengekalkan kelestariannya agar sentiasa relevan untuk satu tempoh masa yang lebih panjang.

“Bagi memastikan tahap profesionalisme warga pendidik sentiasa berada pada tahap terbaik, Mara memperuntukkan sebahagian besar peruntukan untuk tujuan latihan dan pembangunan kompetensi warga pendidik bagi memastikan kualiti pendidik IPMA setara dengan tahap pendidikan negara maju.

“Selari dengan peredaran teknologi digital dan kepakaran dalam kecerdasan buatan hari ini, pendigitalan PdP TVET Mara memberi fokus kepada pembangunan kandungan pembelajaran, kaedah penyampaian dan meningkatkan kompetensi pensyarah selari dengan konsep pembelajaran abad ke-21,” jelasnya.

Selain itu katanya, Mara juga menyasarkan seramai 2,000 pelajar baharu dalam pelbagai bidang dan peringkat akan menyambung pengajian ke luar negara tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI