fbpx

OKU maut jadi mangsa langgar lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penunggang basikal OKU maut dalam Satu kejadian kemalangan langgar lari di Jalan Kampung Air Gelugor, di sini, pagi tadi. 

TAMPIN – Polis sedang mengesan pemandu sebuah lagi kenderaan yang disyaki terlibat dalam kes langgar lari hingga menyebabkan seorang penunggang basikal orang kurang upaya (OKU) maut di Jalan Kampung Air Gelugor, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab. Wahab berkata, dalam kemalangan kira-kira pukul 7.15 pagi itu, mangsa iaitu lelaki OKU berumur 44 tahun mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati penunggang basikal dalam perjalanan ke Kampung Air Gelugor dari arah Gemas melalui Jalan Gemas – Tampin secara “contra flow”.

“Tiba-tiba dipercayai sebuah kenderaan tidak dapat dikenal pasti terbabas ke bahu kiri jalan dari arah Tampin dan melanggar penunggang basikal dari bahagian hadapan menyebabkan penunggang basikal tercampak ke bahu jalan.

“Kenderaan tersebut tidak berhenti selepas perlanggaran. Mayat penunggang basikal di bawa ke Unit Forensik Hospital Tampin untuk proses bedah siasat,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Anuwal berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Sehubungan itu, sekiranya orang ramai mempunyai maklumat berkenaan kemalangan jalan raya terbabit diminta untuk tampil ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin di talian 06-4412502 atau 06-4431999 Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI