fbpx

Lebih 1,000 penyokong sambut Sanusi di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi disambut isterinya, Jusmalailani dan lebih 1,000 penyokong beliau sebaik tiba di LTSAH, Alor Setar hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Lebih 1,000 penyokong berhimpun di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di sini bagi menyambut kepulangan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor selepas beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang pada pagi tadi.

Ketibaan Muhammad Sanusi kira-kira pukul 4.30 petang tadi disambut dengan laungan takbir serta ‘hidup Sanusi’ selain kalangan penyokong berebut-rebut untuk bersalam dengannya.

Ketibaan Muhammad Sanusi disambut isterinya, Tok Puan Jusmalailani Jusoh dan beberapa pemimpin Pas negeri antaranya Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Ahmad Yahaya; Setiausaha Pas negeri, Musoddak Ahmad serta Ketua Penerangan Pas negeri, Mohd. Azam Abd. Samat.

Terdahulu, di Mahkamah Sesyen Selayang pagi tadi, Muhammad Sanusi mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik minggu lalu.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara, Kampung Bendahara di Kuala Lumpur pada 11 Julai lalu.

Dalam sidang akhbarnya selepas dituduh pagi tadi, Muhammad Sanusi berkata pertuduhan itu bermotifkan politik dan menunjukkan kerajaan berada dalam ketakutan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI