fbpx

Alcaraz handal kuasai Wimbledon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALCARAZ menjadi pemain termuda meraih Kejuaraan Wimbledon sejak Boris Becker melakukannya ketika berusia 18 tahun pada 1986. - AFP

LONDON – Misi bintang muda Sepanyol, Carloz Alcaraz untuk mengatasi musuh ketatnya, Novak Djokovic terlaksana selepas melakar kemenangan sulung Kejuaraan Wimbledon dalam aksi final Kelab All England awal pagi semalam.

Pada perlawanan penuh dramatik tersebut, pemain berusia 20 tahun itu berjaya mengagalkan usaha Djokovic untuk menjulang gelaran Grand Slam ke-24 selepas menundukkan juara utama 23 kali itu dengan kemenangan 1-6, 7-6 (8-6), 6-1, 3-6, 6-4.

Kemenangan itu nyata menggembirakan pemain nombor satu dunia itu selepas sebelum ini dia tewas kepada Djokovic pada aksi separuh Terbuka Perancis, Jun lalu.

“Saya melakukannya untuk diri saya sendiri. Menewaskan Djokovic pada tahap terbaiknya di pentas final, mencipta sejarah, menewaskannya selepas 10 tahun dia tidak tewas di gelanggang ini adalah menakjubkan bagi saya. Ia sesuatu yang tidak akan saya lupakan.

“Memenangi kejuaraan Wimbledon adalah sesuatu yang saya impikan sejak saya mula bermain tenis. Inilah detik kemenangan terbesar dalam hidup saya. Sebelum perlawanan ini, saya fikir saya belum bersedia untuk menewaskan Djokovic dalam lima set perlawanan epik seperti ini.

“Untuk kekal baik dari segi fizikal atau mental kira-kira lima jam menentang seorang legenda bukan sesuatu yang mudah. Saya banyak belajar tentang diri saya hari ini. Sejujurnya ia adalah detik paling gembira dalam hidup saya,” katanya.

Alcaraz turut mengakui bahawa kekalahan di Terbuka Perancis memberi pengajaran kepadanya terutama dari segi persiapan mental untuk menghadapi Djokovic.

“Saya adalah seorang pemain yang berbeza sejak kekalahan di Terbuka Perancis. Saya bersedia dari segi mental sebelum perlawanan. Saya boleh menangani tekanan lebih baik daripada yang saya lakukan di Terbuka Perancis,” kata Alcaraz.

Hasil kemenangan tersebut, Alcaraz menjadi juara Wimbledon termuda sejak Boris Becker melakukan pada usia 18 tahun memenangi kejohanan itu pada tahun 1986. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI