fbpx

Saya beri jawapan dua minggu lagi – Baddrol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BADDROL bercakap kepada penyokong selepas membuat keputusan meninggalkan Sabah selepas tamat perlawanan menentang Sri Pahang di Stadium Likas, Kota Kinabalu kelmarin.

KEJAYAAN Sabah membelasah Sri Pahang 4-0 di Stadium Likas, kelmarin jadi penutup penuh warna-warni buat Baddrol ­Bakhtiar yang mengambil keputusan untuk tidak meneruskan kariernya bersama skuad The Rhinos.

Dalam ucapan perpisahan, air mata jantan Baddrol gugur berjuraian dengan menegaskan, selain pasukan Kedah, Sabah juga akan kekal istimewa di sudut ­hatinya.

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada penyokong Sabah, anda semua adalah pahlawan pemain Sabah. Air mata jantan saya jatuh di Likas, saya ingin ucapkan terima kasih kepada pengurusan pasukan,” katanya yang masih ‘kunci mulut’ mengenai masa ­depannya.

Bekas tonggak skuad Harimau Malaya itu akan meninggalkan Sabah selepas memilih untuk menamatkan kontraknya dengan spekulasi hangat bertiup kencang mengatakan dia bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Baddrol yang dihubungi semalam tidak mengiakan atau menidakkan khabar angin yang mengaitkannya dengan karier politik.

“Saya akan beri jawapan dua minggu lagi. Masa ini saya tiada apa-apa yang dikomen,” ujarnya.

Sementara itu, pengendali pasukan, Datuk Ong Kim Swee tidak dapat menafikan The Rhinos bakal kehilangan seorang pemimpin, namun tetap menghormati keputusan Baddrol.

“Bukan mudah untuk dia pilih bersara tetapi dia lakukan demi kepentingan masa depannya dan kita perlu hormatinya. Dia bukan saja pemain yang baik dalam padang tetapi pemimpin di luar padang dan sudah pasti kita akan kehilangan seseorang dalam bilik persalinan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI