fbpx

PRN: Maidam larang tampal poster pada pagar masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Operasi Gerbang Alaf Restaurant Pantai Timur, Shadan Ismail (kanan) menyerahkan replika cek sumbangan dua ekor lembu kepada Shaikh Harun (tengah) di JHEAT, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Larangan berpolitik di masjid dan surau di Terengganu sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) ini tidak terhad kepada ceramah dan kuliah malah pemasangan poster dan sebaran aktiviti kempen parti politik.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, parti-parti politik juga disarankan tidak membuka markas kempen mereka berhampiran dengan rumah ibadat Islam di negeri ini.

Beliau berkata, kesemua 510 masjid dan lebih 2,000 surau di seluruh Terengganu perlu benar-benar bebas dari aktiviti politik sepanjang kempen PRN ini.

“Pagar masjid dan surau di negeri ini tidak boleh digantung poster calon dan parti politik serta sebarang jadual dam aktiviti kempen.

“Ia selaras dengan titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin,” katanya selepas menerima penyerahan zakat perniagaan dan sumbangan lembu kepada asnaf Terengganu di sini hari ini.

Shaikh Harun berkata, tindakan mengikut Seksyen 103 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu boleh diambil sekiranya peraturan tersebut tidak dipatuhi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI