fbpx

Pelancong terkandas di lapangan terbang akibat mogok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENUMPANG menanti penerbangan disambung semula dalam satu mogok di Rom pada 17 Julai 2022. - AFP

ROM, Itali – Mogok pekerja lapangan terbang dan syarikat penerbangan telah menyebabkan beratus-ratus penerbangan ditunda sekali gus mengakibatkan ratusan ribu pelancong terkandas di Eropah kelmarin, ketika kemuncak pelancongan musim panas, lapor laman berita Wion News.

Kira-kira 1,000 penerbangan di Itali termasuk domestik dan antarabangsa dibatalkan akibat mogok oleh pekerja darat, demikian menurut pihak berkuasa lapangan terbang dan syarikat penerbangan.

Mogok di Itali sahaja telah menyebabkan kira-kira 250,000 pelancong terkandas di salah satu tempat pelancongan utama dunia itu.

Mogok oleh kru darat yang menuntut kontrak kolektif baharu enam tahun selepas kontrak sebelumnya tamat berlangsung dari pukul 10  pagi hingga 6 petang (waktu tempatan).

“Lapangan terbang di Rom menyaksikan kira-kira 200 penerbangan dibatalkan,” kata pihak berkuasa.

Penerbangan oleh Malta Air, yang mengendalikan pemindahan penumpang untuk syarikat penerbangan tambang murah seperti Ryanair, Vueling dan Ita Airways turut terjejas selepas juruterbang-juruterbang menyertai mogok.

Sementara itu, Lapangan Terbang Milan menyaksikan kira-kira 150 pembatalan penerbangan, manakala berpuluh-puluh yang lain ditunda di Turin dan Palermo.

Menteri Pengangkutan Itali, Matteo Salvini menyeru para pekerja yang menyertai mogok tersebut agar menggunakan akal waras supaya tidak membahayakan berjuta-juta pekerja dan pelancong lain.

Sementara itu, sebanyak 120 lagi penerbangan yang sepatutnya berlepas dan tiba di Lapangan Terbang Charleroi, Belgium turut dibatalkan kelmarin dan semalam, yang dicetuskan oleh mogok sejumlah juruterbang Ryanair. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI