fbpx

Op Jaguar: SPRM buru Sheikh Biman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang giat memburu seorang lelaki dipercayai terlibat dengan sindiket penyeludupan dan pelupusan sisik tenggiling antarabangsa.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, usaha mengesan Sheikh Biman Sheikh Ahmad, 43, sedang giat dijalankan bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Jelasnya, alamat terakhir individu yang dikehendaki SPRM itu adalah di No 53, Jalan Sama Gagah 15, Taman Telok Gedong Indah, Pelabuhan Klang, Selangor.

Sehubungan itu, SPRM juga sedang berusaha mendapatkan maklumat tambahan berhubung sindiket penyeludupan dan pelupusan sisik tenggiling antarabangsa menerusi Op Jaguar.

“Siasatan terperinci kes terbabit dilakukan susulan dakwaan mengatakan dalang sindiket itu dipercayai menyogok pihak penguat kuasa serta terbabit aktiviti pengubahan wang haram.

“Dalam perkembangan terkini Op Jaguar, SPRM telah merakam penyataan individu-individu terlibat seterusnya membuat penggeledahan di kediaman serta premis-premis disyaki.

“Malah SPRM turut menahan seorang lagi individu bagi membantu siasatan dan menjadikan jumlah yang ditahan setakat hari ini adalah seramai lapan orang,” katanya.

Pada masa sama, SPRM juga telah mengenal pasti pegawai penguatkuasa yang bersekongkol dengan sindiket penyeludupan dan pelupusan sisik tenggiling antarabangsa terbabit.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Siti Norazirah Ramli di talian 03-88700249 atau 019-8557290 atau emel kepada [email protected],” katanya.

Terdahulu media melaporkan SPRM menahan empat lelaki dan merampas hampir dua tan sisik haiwan itu yang bernilai kira-kira RM23.4 juta berkaitan kes sogokan dipercayai menyeludup dan melupuskan sisik tenggiling serta terbabit dengan aktiviti pengubahan wang haram. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI