fbpx

Bahagian Penguatkuasaan KPDN perlu naik taraf jadi jabatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAHUDDIN Ayub (tengah) bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar Majlis Perbarisan Kawalan Kehormatan Hari Penguatkuasa KPDN Ke-51 dan Tamat Latihan Kursus Asas Sains Penguatkuasaan Tahun 2023 di Alor Gajah, Melaka. -Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

ALOR GAJAH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos sara Hidup (KPDN) berharap kerajaan meluluskan cadangan mengangkat Bahagian Penguatkuasaan KPDN sebagai sebuah jabatan dalam masa terdekat.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, Kertas Kabinet berhubung perkara itu telah dibawa dan dipersetujui tahun lalu.

Kata beliau, beberapa sesi libat urus juga telah dijalankan dan pihaknya kini sedang menunggu isyarat kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Kita sedang menunggu lampu hijau daripada kerajaan untuk mengangkat bahagian penguatkuasaan sebagai sebuah jabatan.

“Ini adalah satu usaha yang saya rasa perlu untuk kami lanjutkan, memandangkan peranan dan tanggungjawab penguat kuasa semakin penting serta mencabar.

“Saya mendapat maklum semasa masuk (bertugas) ke pejabat dahulu, perkara ini sebenarnya telah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Baginda begitu prihatin dan memberikan saranan agar bahagian ini menjadi sebuah jabatan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perbarisan Kawalan Kehormatan di sini hari ini.

Tambah Salahuddin, status sebagai sebuah jabatan memberi kelebihan kepada Bahagian Penguatkuasaan KPDN kerana mempunyai kuasa, peruntukan kewangan dan logistik lebih besar untuk melaksanakan tanggungjawabnya.

Menurutnya, pemerkasaan Bahagian Penguatkuasaan turut mengurangkan kebergantungan KPDN kepada agensi lain, khususnya melibatkan risikan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI