fbpx

Suplemen ‘kunyah jadi bijak’ bukan jalan pintas untuk anak berjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Orang ramai khususnya ibu bapa dinasihatkan agar tidak tertipu dengan produk suplemen ‘kunyah jadi bijak’ seperti yang diiklankan menerusi pelbagai platform jualan dan juga media sosial.

Berkongsi perkara tersebut, Public Health Malaysia (PHM) menyatakan, ibu bapa yang bijak seharusnya tidak sewenang-wenangnya mempercayai iklan produk sedemikian.

“Semudah kunyah beberapa kali sehari sudah ada perubahan tingkahlaku, anak menjadi lebih bijak, rajin belajar, mudah bangun pagi dan fokus dalam kelas. Itu contoh promosi yang dilakukan untuk produk kunyah jadi bijak.

“Lebih menyedihkan, ada guru guru mempromosikan produk ini di media sosial dan ada juga dijual tanpa kawalan di sekolah.

“Ada ibu bapa mengadu, anak bawa pulang kertas iklan dan merengek mahukan pil bijak kerana kawan kawan yang lain ada gunakan,” tulisnya di Facebook hari ini.

Sehubungan itu, PHM turut menasihati para tenaga pengajar supaya tidak mempromosikan produk sedemikian kepada pelajar disamping menyarankan ibu bapa supaya membeli makanan yang berkhasiat buat anak-anak mereka.

“Tiada jalan mudah untuk berjaya, kejayaan tidak datang bergolek dengan mudah. Mahukan anak pandai, soleh tetapi enggan berusaha didik, asuh dan ajar anak sendiri, sebaliknya hanya harapkan pil untuk selesaikan masalah tingkah laku anak mereka yang tidak disenangi.

“Ibu bapa yang bijak tidak akan membeli suplemen kunyah jadi bijak. Jadilah ibu bapa yang bijak,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI