fbpx

Kurang pemasaran punca sambutan filem hambar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi (tengah) ketika melawat Kan Seng di kediamannya di Kampar, hari ini.

KAMPAR – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) berharap syarikat penerbitan filem memberi tumpuan dari segi pemasaran filem berbanding bergantung kepada Skim Wajib Tayang semata-mata.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, kelemahan dari segi pemasaran menjadi punca filem yang diterbitkan tidak mendapat sambutan ramai.

“Kalau tidak ada promosi, maka orang tidak akan tahu. Jadi banyak daripada filem yang kita lihat berjaya itu, kadar promosinya tinggi dan meluas.

“Dana yang disediakan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) adalah untuk pembikinan filem dan kelemahan utama dilihat adalah dari segi proses pemasaran. Ia (dana) ada untuk pemasaran tapi mungkin bagaimana cara ia dimanfaatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi bekas wartawan sambilan akhbar Cina, Ng Kan Seng di Mambang Di Awan, di sini hari ini.

Menurut Fahmi, pihaknya akan berbincang dengan barisan Ahli Lembaga Pengarah Finas untuk meneliti aspek-aspek termasuklah dana kandungan digital pada minggu hadapan.

“Selepas itu, saya akan minta lembaga pengarah untuk teliti aspek-aspek termasuklah dana kandungan digital, prestasi mutu persembahan bagi filem-filem yang dihasilkan melalui dana kandungan digital,” katanya.

Terdahulu, tular sebuah ciapan berkaitan sebuah filem yang mendapat dana RM550,000 daripada Finas tetapi kurang mendapat sambutan dengan hanya memperoleh kutipan filem lebih kurang RM5,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI