fbpx

Aurat selalu ‘terlondeh’, Masya Masyitah minta netizen cermin diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekali lagi, Masya Masyitah menjadi mangsa kecaman netizen apabila berkongsi foto yang menampakkan aurat menerusi media sosial.

PETALING JAYA – Sering menjadi mangsa kritikan disebabkan fesyen muslimah disifatkan melampau, penyanyi muda Masya Masyitah berlapang dada dengan segala teguran umum.

Kata Masya atau nama sebenarnya, Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff, dia enggan memeningkan kepala dengan kritikan tidak berfaedah sedangkan dia sendiri yang mengetahui apa yang terbuku di hati terutama tentang pendirian dan imannya.

“Saya bukan muslimah yang sempurna. Banyak lagi kekurangan dalam diri ini. Orang nak kutuk atau kritik, itu terpulang kepada mereka. Nasihat saya, lebih baik cermin diri terlebih dahulu sebelum bercakap buruk tentang orang lain.

“Saya sebenarnya, malas nak ambil tahu tentang pandangan khalayak tapi saya tahu, di luar saya ada yang berniat baik dan ada juga yang suka tengok kita jatuh,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Ujar pelantun lagu Halimunan itu lagi, meskipun sering menerima kecaman netizen, itu tidak sesekali mematahkan semangatnya untuk terus istiqamah bertudung.

“Mereka boleh cakap apa yang mereka suka namun yang tahu siapa diri ini hanya saya dan Allah SWT. Saya masih belajar untuk mengikut suruhan dan ajaran Islam sebaik mungkin.

“Kadang-kadang, saya tersasar tapi saya percaya, itu lumrah manusia.

“Orang cakap saya pakai tudung tapi tak ikhlas, itu masalah mereka. Saya masih mengenal agama dan saya yakin ramai wanita di luar sana sama seperti saya,” getus Masya.

Terdahulu, Masya teruk menjadi kecaman netizen apabila mengayakan baju sekolah dengan stoking ala-ala pelajar Jepun yang menampakkan kulit pahanya.

Baru-baru ini, Masya, 23, terus menjadi sorotan khalayak selepas berkongsi beberapa keping foto dirinya dalam Instagram dirinya bermain badminton dengan menggayakan hoodie sehingga bahagian lehernya terdedah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI