fbpx

Alcaraz idam tewaskan Djokovic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALCARAZ bakal membuat perhitungan menentang Djokovic yang mara ke pentas final Wimbledon selepas menundukkan Jannik Sinner. - AFP

LONDON – Pemain No.1 dunia, Carlos Alcaraz sedia untuk melakar sejarah tersendiri menjelang perlawanan akhir Kejuaraan Wimbledon menentang Novak Djokovic yang dijadualkan berlangsung hari ini.

Pemain berusia 20 tahun itu memastikan tempat di perlawanan akhir pada kejohanan Grand Slam tersebut selepas menewaskan Daniil Medvedev menerusi aksi straight-set 6-3, 6-3, 6-3 di separuh akhir.

Alcaraz menganggap perlawanan itu sangat penting memandangkan ia adalah final Wimbledon pertama dalam kariernya selain menjadi medan pertarungan bagi penentuan ranking No. 1 dunia.

“Ia (final) akan menjadi detik paling manis dalam hidup saya. Bermain dalam perlawanan akhir di Wimbledon adalah impian saya sejak bergelar pemain tenis dan lebih istimewa dapat bertemu Novak (Djokovic).

“Sudah pasti ia akan jadi satu perlawanan yang sangat emosi untuk saya tetapi saya perlu bertenang. Mungkin untuk Novak ia hanya aksi final yang lain, namun bagi saya, ia sangat bermakna,” katanya.

Pemain Sepanyol itu juga sedia untuk memastikan dia benar-benar bersedia dari segi mental dan fizikal kerana tidak mahu episod duka pada Terbuka Perancis bulan lalu berulang apabila dia tewas kepada Djokovic di separuh akhir.

“Saya akan cuba masuk ke gelanggang dengan penuh yakin, tidak seperti apa yang berlaku di Terbuka Perancis. Kekuatan mental akan jadi penentu pada perlawanan akhir nanti, jadi saya perlu tenang,” ujar Alcaraz. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI