fbpx

Motosikal kena sita gara-gara ubah suai ekzos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat motosikal disita, 109 keping saman dikeluarkan dalam Operasi Cegah Jalan Raya dan Penceghan Jenayah yang dijalankan awal pagi tadi. FOTO Ihsan PDRM

AMPANG JAYA – Empat pemilik motosikal ‘berputih mata’ setelah kenderaan mereka disita dalam Operasi Cegah Kemalangan Jalan Raya Dan Pencegahan Jenayah di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), di sini, awal pagi tadi.

Tindakan itu diambil selepas pemilik motosikal melakukan ubah suai dengan menukar ekzos bising dan menggunakan aksesori menyalahi undang-undang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Ampang Jaya menjalankan operasi itu bermula 12 tengah malam hingga 2 pagi.

Katanya, operasi itu bertujuan bagi mengesan kesalahan lalu lintas yang menyumbang kepada peningkatan kadar kemalangan jalan raya.

“Selain itu, perasi ini juga sebagai langkah pencegahan daripada berlakunya aktiviti jenayah.

“Hasil operasi ini, empat empat buah motosikal ditahan kerana melakukan pengubahsuaian pada struktur asal kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, penunggang turut ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya untuk tindakan selanjutnya. Kes disiasat mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 6(4) akta yang sama.

“Dalam operasi sama, sebanyak 109 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu yang sah, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, ubah suai struktur kenderaan, kesalahan nombor pendaftaran dan juga kesalahan-kesalahan lain,” ujarnya.

Beliau turut menasihati semua pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal supaya tidak melakukan sebarang pengubahsuaian pada mana-mana struktur asal kenderaan yang boleh menjadi punca kepada berlakunya kemalangan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI