fbpx
Gambar hiasan.

Suri rumah malu jadi janda punca gila talak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Golongan suri rumah yang memiliki ramai anak kecil dan bergantung dengan sumber kewangan suami lebih cenderung mengalami sindrom gila talak selepas bercerai.

Mendedahkan perkara itu, Peguam Syarie dan Ketua Ibu Pejabat Tetuan Shazril Khairy Mustafa & Associates, Abdul Alim Abdul Aziz berkata, kes gila talak dilaporkan berlaku sepanjang masa dan membabitkan pasa­ngan yang baru bercerai.

Menurutnya, terdapat ba­nyak faktor berlakunya masalah itu terutama melibatkan wanita golongan B40 atau M40 berusia 25 hingga lingkungan 50-an.

“Jika gologan wanita (gila talak), alasannya kena perlu membesarkan anak-anak yang masih kecil, malu dengan status janda dan tiada sumber pendapatan.

“Bagi lelaki pula, mereka melepaskan bekas isteri di luar mahkamah atas sebab terlalu marah, ego atau desakan daripada pasangan, akhirnya menyesal dan mahu berpatah balik. Mereka mahu hidup sebagai pasangan suami isteri,” katanya kepada Kos­mo! semalam.

Jelas beliau, punca lelaki mengalami situasi gila talak pula adalah disebabkan banyak menghabiskan masa dengan bekerja, kurang berkomunikasi bersama isteri, sukar mengawal amarah, stres dan kurang didikan agama sebelum ini.

Berita berkaitan: Penangan gila talak, sanggup melutut depan bekas isteri 

“Kebanyakan pasangan memilih untuk merujuk semula dalam tempoh idah. Jarang sekali berlaku kes pasangan kahwin semula selepas selesai idah.

“Biasanya mereka yang datang ke pejabat peguam terdiri pasa­ngan yang bercerai luar mahkamah, rujuk isteri di luar pejabat agama atau rujuk isteri dengan hubu­ngan kelamin atau salah seorang pasangan tidak setuju untuk rujuk semula.

Berita berkaitan: Ada wanita ‘gilakan’ semula bekas suami selepas cerai 

“Pihak yang ke pejabat agama pula merupakan pasangan yang bercerai dalam mahkamah, isteri dalam idah dan pasangan setuju untuk rujuk semula,” ujarnya.

Tambah beliau, pasangan bercerai perlu mendapatkan k­hidmat nasihat daripada pihak berkaitan seperti peguam syarie, pegawai pejabat agama, ustaz atau alim agama.

“Pihak terbabit juga boleh membuat tuntutan kes di mahkamah sekiranya perlu,” katanya.

Semalam, Kosmo! melaporkan pasangan gila talak dikatakan sanggup melakukan perkara di luar kawalan sehingga ada yang mencangkung atau melutut sampai awal pagi di luar rumah bekas pasangan.

Bagi wanita pula, mereka menghantar kiriman suara manja kepada bekas suami supaya dapat kembali ke pangkuan pasa­ngan masing-masing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN