fbpx
Gambar hiasan.

Ada wanita ‘gilakan’ semula bekas suami selepas cerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Gila talak kebia­saannya dikaitkan dengan lelaki yang tergila-gilakan bekas isteri dan mahu wanita itu kembali semula ke pangkuannya.

Namun, ada juga kes wanita yang menyesal dan jadi tidak ke­ruan selepas bercerai hingga sanggup berbuat apa sahaja untuk menawan semula hati bekas suami.

Peguam syarie, Fahmi Ramli berkata, kebanyakan kes berlaku apabila timbul semula rasa cinta dan sayang kepada pasangan masing-masing selepas bercerai.

“Selain itu, mereka juga rasa menyesal dengan perceraian yang berlaku dan bimbang pasangan menemui pengganti baharu.

“Jadi mereka ini akan melakukan apa sahaja untuk berbaik semula dengan pasa­ngan. Ada yang melakukan de­ngan cara baik, tidak kurang juga sanggup me­ngugut pasangan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Katanya, jika dilihat dari sudut mahkamah, ada individu yang membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah berhubung keputusan pengesahan cerai yang telah diputuskan di Mahkamah Rendah Syariah.

“Sebab ada yang sudah disahkan lafaz cerai luar mahkamah di Mahkamah Rendah Syariah, kemudian dia tidak berpuas hati dan buat rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah.

“Kita tidak nafikan itu memang hak perayu, tetapi bila Mahkamah Tinggi Syariah keluarkan keputusan bahawa lafaz cerai itu tetap sah mengikut hukum syarak dan prosedur perundangan, masih ada yang tidak berpuas hati,” ujarnya.

Katanya, ada yang terus menerus mengganggu bekas isteri atau suami meskipun Mahkamah Tinggi Syariah telah memutuskan perceraian itu sah.

Katanya, kebanyakan kes me­libatkan lelaki yang mengganggu kehidupan bekas isteri dengan pergi­ menemuinya setiap hari dengan alasan mahu berjumpa anak-anak.

“Kes babitkan wanita pula ti­dak banyak, mereka akan pujuk bekas suami rujuk semula, namun bekas suami enggan,” ujarnya.

Berkongsi kes dikendalikannya, seorang ahli perniagaan lelaki mahu bekas isterinya kembali kerana bimbang wanita itu berkahwin lain serta membuat tuntutan harta sepencarian.

Katanya, pasangan itu bercerai talak satu dan dalam tempoh iddah raj’ie iaitu idah yang membolehkan bekas suami merujuk semula isterinya.

“Lelaki itu dikatakan melafazkan rujuk dan terus bersetubuh dengan bekas isteri tanpa persetujuannya dalam tempoh iddah, dipercayai bagi memastikan wa­nita itu kembali ke pangkuannya.

“Sepatutnya wanita itu perlu­ beri persetujuan sebelum rujuk itu perlu didaftarkan di Mahkamah Syariah,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN