fbpx

Majoriti masih mahukan saya di DUN Rantau – Tok Mat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad ketika ditemui pemberita sempena Majlis Perasmian Karnival Kerjaya Belia Parlimen Rembau, di Dewan Agora, di sini, hari ini. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/KOSMO!

REMBAU – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan tidak menolak kemungkinan akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi Negeri Sembilan.

Ujar Mohammad, beliau akan membuat keputusan sewajarnya sebelum 29 Julai ini memandangkan beberapa calon yang ingin diketengahkan menolak untuk menjadi calon BN kerusi DUN Rantau dalam PRN akan datang.

“DUN Rantau siapa?… saya lah DUN Rantau (calon BN PRN). Saya pun mungkin bertanding kerana ramai yang nak kan saya bertanding di DUN Rantau. Ramai yang mahu saya mewakili mereka dan saya akan buat keputusan yang sewajarnya sebelum 29 haribulan (Julai) ini.

“… setakat hari ini tiada siapa yang mahu (bertanding), saya nak tonjolkan beberapa muka (calon) tetapi mereka sendiri yang menolak, susah juga la kan untuk saya buat keputusan,” katanya ketika ditemui pemberita sempena Majlis Perasmian Karnival Kerjaya Belia Parlimen Rembau, di Dewan Agora, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, dengan nada bergurau beliau mengesahkan akan bertanding di DUN Rantau, namun masih menasihatkan semua pihak menunggu tibanya hari penamaan calon nanti.

“Setakat hari ini calon-calon yang kita cuba tonjolkan semuanya menolak dan kebanyakkan rakyat atau pengundi di DUN Rantau, mahu saya mewakili mereka. Mereka ini semua manja dengan saya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI