fbpx

Lelaki dalam perjalanan pengebumian maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan sebuah lori di Kilometer 36 Jalan Temerloh-Bahau, dekat persimpangan Sri Buntar, Triang, di Bera hari ini.

BERA – Seorang lelaki yang dalam perjalanan menghadiri pengebumian bapa saudaranya maut selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan sebuah lori di Kilometer 36 Jalan Temerloh-Bahau, dekat persimpangan Sri Buntar, Triang, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9.39 pagi itu mangsa, Muhammad Faris Halimin Azlin, 22 yang dalam perjananan dari Felda Kemasul bagi menghadiri pengebumian bapa saudaranya di Temerloh.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, lori dari arah Temerloh telah memasuki simpang kanan ke Triang itu tanpa memberi laluan kepada mangsa yang sedang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR menyebabkan pelanggaran.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Menurutnya mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI