fbpx

Dua remaja tidak pakai topi keledar gigil ‘dikepung’ polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua remaja itu kelihatan berdebar ketika kejadian. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan dua remaja yang menaiki sebuah motosikal menggigil ketika berhenti di lampu isyarat, lapor laman berita Suara.com.

Berdasarkan rakaman yang dimuat naik dalam akaun Instagram @memomedsos, dua remaja itu kelihatan berdebar apabila ‘dikepung’ oleh tiga anggota polis di jalan raya.

Mereka menaiki motosikal di jalan raya tanpa memakai topi keledar. Mereka sesekali menoleh ke kiri dan kanan ketika diperhatikan polis tersebut. 

Setelah video itu tular di media sosial, orang ramai mendakwa bahawa tiga anggota polis itu melanggar peraturan jalan raya kerana motosikal dinaiki mereka tidak mempunyai nombor plat dan cermin sisi.

“Polis yang menunggang motosikal Yamaha di depan juga tiada nombor plat,” komen seorang netizen.

“Meremang bila ada polis di sebelah,” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI