fbpx

Lembaga putih tumpang bergambar dengan Raffi Ahmad, Ariel Noah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lembaga misteri itu dilihat berada dalam bangunan kosong bekas tapak hospital. – Instagram

JAKARTA – Sekeping gambar yang dikongsikan oleh pelakon Indonesia, Raffi Ahmad menjadi perhatian pengguna media sosial kerana memaparkan kelibat lembaga menyeramkan, lapor portal berita Okezone semalam.

Ketika kejadian, Raffi melakukan pengembaraan motosikal bersama rakan-rakan selebriti lain iaitu penyanyi Ariel Noah, pelakon dan pengacara, Gading Marten serta pelawak, Desta Mahendra.

Salah satu lokasi yang mereka tuju adalah di Langkat, wilayah Sumatera Utara.

Dalam gambar yang dikongsikan, keempat-empat selebriti tersebut tersenyum ketika berdiri di hadapan sebuah bangunan kosong.

Namun, momen itu bertukar misteri apabila  susuk putih dengan bayangan hitam dilihat berdiri di dalam bangunan di belakang mereka.

Meskipun dari kejauhan, lembaga itu dapat dilihat dengan jelas dan seolah-olah sedang memandang ke arah empat jejaka berkenaan.

“Cuba lihat gambar ini. Nampak tak?” kata  Raffi dalam hantaran tersebut.

Netizen yang melihat gambar itu masing-masing meluahkan rasa terkejut dan perasaan seram serta memberikan pelbagai komen.

“Mungkin ia pun peminat anda semua,” kata seorang netizen.

“Kenapa gambar ini muncul pada pukul 12.04 tengah malam? Seram rasanya,” ujar pengguna lain.

Sementara itu, Raffi kemudian menjelaskan bahawa bangunan tersebut merupakan bekas hospital yang menjadi tempat kelahiran Ariel.

“Dahulunya ini adalah hospital tempat lahir @arielnoah, namun kini ia sudah jadi bangunan kosong,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI