fbpx

Cadangan Penghargaan Khas Kepada Pesara diperhalusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adly menyerahkan tajaan Perlindungan Perkeso bagi pasukan Askar Wataniah selepas majlis penutup Program Outreach & CSR Perkeso 2023 di Dewan Serbaguna Felda Tun Ghafar Hutan Percha, Alor Gajah, Melaka. - Foto oleh AMRAN MULUP / KOSMO!

ALOR GAJAH – Kementerian Pertahanan akan memperhalusi cadangan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) yang meminta kerajaan meneruskan pemberian Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP).

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, pihaknya akan melihat semula pemberian PKKP yang bakal tamat hujung tahun ini untuk dibawa dalam Mesyuarat Majlis Veteran Kebangsaan (MVK) tidak lama lagi.

“Cadangan daripada PVATM baru-baru ini akan kita lihat balik dan dibincangkan dalam Mesyuarat MVK, di mana wakil-wakilnya terdiri daripada persatuan veteran itu sendiri.

“MVK ini adalah badan tertinggi untuk menentukan hala tuju dan kebajikan veteran ATM dan sebarang keputusan yang dibuat akan diputuskan oleh MVK.

“Fokus kita terhadap veteran ATM khusus kepada kebajikan, kesihatan, pendidikan, perumahan dan terkini bagaimana kita boleh bantu usahawan golongan ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penutup Program Outreach & CSR Perkeso 2023 di Dewan Serbaguna Felda Tun Ghafar, Hutan Percha di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media berkenaan cadangan PVATM memohon kerajaan meneruskan pemberian PKKP.

Tambah Adly, kementerian akur dan menghormati keputusan dibuat Mahkamah Persekutuan baru-baru ini.

“Kementerian telah mengemukakan beberapa cadangan supaya keputusan boleh dibuat supaya ia memberi manfaat kepada veteran yang pencennya adalah rendah,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI