fbpx

58 fasiliti kesihatan uzur Terengganu dinaik taraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaliha (dua dari kanan) menerima taklimat tentang Klinik Desa Pulau Bahagia, Manir, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 58 fasiliti kesihatan yang uzur di seluruh Terengganu terlibat dalam penambahbaikan sehingga akhir tahun ini.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, setakat ini, 21 klinik kesihatan, desa dan pergigian terbabit telah siap dinaik taraf.

“Projek kesihatan di 36 fasiliti kesihatan di Terengganu pula sedang disiapkan manakala satu lagi dalam proses perolehan.

“Kesemua projek menaik taraf tersebut menelan belanja kira-kira RM8.9 juta,” katanya selepas meninjau salah sebuah klinik uzur di Klinik Desa Pulau Bahagia, Manir di sini hari ini.

Zaliha berkata, baki 54 fasiliti kesihatan yang uzur di negeri ini pula dalam pertimbangan untuk dinaik taraf dalam tempoh dua tahun.

Tambah beliau, Kementerian Kesihatan juga meluluskan peruntukan RM200,000 bagi membaiki pendawaian di Klinik Kesihatan Seberang Takir dan Bukit Tunggal serta Klinik Desa Pengadang Baru dan Medan Jaya.

“Kita juga meluluskan peruntukan RM150,000 bagi peralatan perubatan bagi Jabatan Kesihatan Terengganu,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`