fbpx

219 kes jenayah seksual babit kanak-kanak di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAMARUL ZAMAN.

JOHOR BAHRU – Sebanyak 219 kes melibatkan kesalahan jenayah seksual terhadap kanak-kanak dilaporkan berlaku di negeri ini sejak 1 Januari hingga semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, daripada jumlah tersebut, 103 kes telah didakwa di mahkamah, manakala selebihnya masih dalam siasatan.

“Kesalahan terlibat termasuk rogol sebanyak 59 kes, sumbang mahram (20 kes), liwat (enam kes), penderaan (58 kes), buang bayi (tujuh kes), dan kesalahan seksual kanak-kanak (69 kes).

“Antara kes yang dilaporkan itu termasuk perlakuan sumbang mahram antara bapa terhadap anaknya serta jenayah rogol antara kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dengan kanak-kanak perempuan berusia 8 atau 9 tahun.

“Kita akui jumlah itu agak tinggi, dan perkara itu memang membimbangkan, jadi tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pesalah yang melakukan jenayah berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Ujarnya, majoriti daripada kesalahan seksual melibatkan kanak-kanak berpunca daripada penyalahgunaan media sosial.

“Pemantauan daripada penjaga amat dituntut dalam menangani permasalahan ini. Masyarakat juga perlu memainkan peranan dalam melindungi golongan kanak-kanak  dibawah umur dan tidak dapat mempertahankan diri sendiri,” ujarnya.

Dalam pada itu, Kamarul Zaman memaklumkan seramai 43 kanak-kanak dilaporkan hilang di seluruh negeri dengan seramai 40 daripada mereka telah ditemukan semula, manakala tiga lagi masih belum ditemui – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI