fbpx

Dua kertas dibuka kes pelaburan tidak wujud, rugi lebih RM600,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Polis Kontinjen Negeri Sembilan telah membuka dua kertas siasatan melibatkan kes tipu pelaburan saham tidak wujud yang menawarkan keuntungan sehingga lima peratus di media sosial sehingga awal Julai tahun ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, pelaburan yang menggunakan nama Psplus Capital Trading itu berurusan dengan mangsa melalui Facebook, WhatsApp dan Instagaram dengan dua mangsa mengalami kerugian lebih RM600,000 di negeri ini.

“Laporan polis pertama diterima pada 2 Mac 2023 di Port Dickson iaitu mangsa lelaki berusia 71 tahun telah berurusan dengan pelaburan itu di Facebook dan WhatsApp telah membuar bayaran ke dalam dua akaun bank dan mengalami kerugian RM550,000.

“Mangsa kedua seorang wanita berusia 49 tahun pula telah membuat laporan polis di Seremban pada 3 Mac 2023 memaklumkan telah berurusan dengan pelaburan sama melalui Instagram dan WhatsApp setelah membuat bayaran di lima akaun bank dengan kerugian RM132,688,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Menurut Ahmad Dzaffir, susulan laporan polis itu Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan telah menahan dua pemilik akaun pelaburan tersebut masing-masing seorang lelaki berusia 44 tahun dari Kuala Lumpur dan seorang wanita, 44, dari Sabah.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis sedang mengesan suspek-suspek lain yang terlibat dan setakat ini, sejumlah 25 kertas siasatan telah pun dibuka di seluruh Malaysia melibatkan modus operandi sama dengan jumlah kerugian RM4.2 juta,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI