fbpx

SPRM cari Datuk Justin bantu siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Justin Lim Hwa Tat.

PETALING JAYA – Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ bagi membantu siasatan kes SPRM.

SPRM dalam kenyataan berkata, lelaki tersebut, Datuk Justin Lim Hwa Tat, 47, mempunyai alamat terakhir di No. 54, Jalan SS 22/27 Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya, Selangor.

“Bahagian Siasatan SPRM Putrajaya sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes SPRM.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Freddick Makiun di talian 03-88700480 atau 014-8595925 atau emel kepada [email protected],” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI