fbpx

Pencen, pencen terbitan bagi Julai hingga Disember 2023 dibayar amaun asal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

PUTRAJAYA – Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) memutuskan supaya pencen dan pencen terbitan bagi bulan Julai hingga Disember 2023 dibayar menggunakan amaun pencen asal selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 27 Jun 2023.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan mengambil maklum keputusan mahkamah yang memutuskan bahawa Seksyen 3 dan 7 Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 (Akta A1447) adalah tidak sah.

Susulan itu, katanya, undang-undang sebelum pindaan adalah terpakai dengan sendirinya bagi tujuan penyelarasan pencen.

“Oleh yang demikian, kerajaan telah membawa isu ini dalam MJM bagi mencari jalan penyelesaian untuk memastikan kebajikan pesara terus terbela,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, pegawai awam yang bersara sebelum 2013, bayaran pencen akan dikembalikan kepada amaun seperti Disember 2012.

“Bagi pegawai awam yang bersara mulai 2013, bayaran pencen dikembalikan kepada amaun asal semasa bersara.

“Perbezaan amaun pencen semasa dengan amaun pencen asal terus dibayar dalam bentuk bantuan khas yang dinamakan sebagai Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) bagi menjadikan amaun diterima pesara sama seperti amaun pencen semasa iaitu amaun pencen pada Jun 2023,” jelasnya.

Katanya, kerajaan sentiasa menghargai sumbangan pesara semasa berkhidmat dan prihatin dengan kebajikan pesara dalam keadaan dan situasi sekarang.

“Oleh itu, kerajaan juga akan mengkaji semakan gaji perkhidmatan awam dan ia akan turut melibatkan pesara-pesara perkhidmatan awam.

“Penyelarasan pencen akan dilaksanakan mengikut peratusan kenaikan yang ditetapkan selaras dengan Akta Penyelarasan Pencen 1980 [Akta 238].

“Hasil keputusan ini diharap dapat memberikan impak positif kepada kakitangan awam, pesara-pesara perkhidmatan awam serta kerajaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI