fbpx

Lelaki Bangladesh maut menyorok dalam operasi Imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki warga Bangladesh ditemui maut selepas bersembunyi dalam sebuah mesin mixer fiber ketika operasi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), di Jalan RP 2, Rawang, Selangor pagi tadi.

RAWANG – Seorang lelaki warga Bangladesh ditemui maut selepas bersembunyi dalam sebuah mesin mixer fiber ketika operasi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), di Jalan RP 2, di sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian tersebut pada pukul 9.27 pagi.

Katanya, seramai lapan anggota dan dua jentera keluaran Balai Bomba Penyelamat (BBP) Rawang digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi membantu mangsa yang terperangkap dalam sebuah mesin.

“Setibanya di lokasi, pihak hospital mengeluarkan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 30-an yang tidak sedarkan diri dalam sebuah mesin mixer fiber.

“Dipercayai mangsa berada di dalam tempat tersebut selepas bersembunyi daripada satu operasi pihak imigresen, malam tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum tiba pihak bomba.

“Mayat mangsa dikeluarkan oleh pihak bomba dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI