fbpx

DVS arah ladang babi, ayam dalam kawasan sama dikosongkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular di laman media sosial menunjukkan ayam dan babi yang diternak di dalam kandang sama.

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) sudah mengeluarkan Notis Pengosongan Kandang, Penutupan dan Pemberhentian Operasi kepada pemilik ladang ternakan di Seberang Perai, Pulau Pinang susulan isu penternakan babi dan ayam pedaging dalam satu kawasan sama.

DVS ketika dihubungi memaklumkan, notis arahan telah dikeluarkan kepada pemilik ladang untuk mengosongkan ayam pedaging daripada ladang babi berkenaan dalam tempoh tujuh hari.

Menurutnya, satu operasi bersepadu antara DVS Pulau Pinang telah diadakan bersama Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) bagi menyiasat aduan tular berkaitan isu berkenaan.

“Melalui operasi yang dijalankan semalam, DVS mengesahkan bahawa terdapat sebuah ladang di Seberang Perai yang menternak babi bersama ayam pedaging di dalam satu kawasan yang sama.

“Ladang terbabit adalah ladang babi yang berdaftar dengan DVS, tetapi tidak mempunyai lesen beroperasi kerana tidak mematuhi peraturan di bawah pelesenan yang menetapkan semua ladang babi perlu menaik taraf kepada sistem kandang tertutup dan ‘zero discharge’ iaitu tiada sisa kumbahan terlepas ke parit awam,” katanya.

Katanya, satu kompaun di bawah Enakmen Penternakan Babi (Pulau Pinang) 2016 telah dikeluarkan kepada ladang berkenaan yang membawa kepada kompaun sebanyak RM7,500 atau denda RM30,000.00 atau penjara tiga tahun tertakluk kepada timbalan pendakwa raya.

Jelasnya lagi, ladang babi itu jelas melanggar Peraturan-Peraturan Pelesenan Penternakan Babi (Pulau Pinang) 2020, iaitu Peraturan 19 (1), yang menyatakan bahawa semua spesis haiwan dan unggas lain hendaklah tidak dibenarkan dipelihara di ladang babi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI