fbpx

[VIDEO] Penunggang motosikal cedera jadi mangsa langgar lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH video tular di media sosial memaparkan kejadian langgar lari melibatkan dua buah kereta dan sebuah motosikal di Kilometer 284.6 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat Nilai di sini petang tadi.

SEREMBAN – Sebuah video tular di media sosial memaparkan kejadian langgar lari melibatkan dua buah kereta dan sebuah motosikal di Kilometer 284.6 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat Nilai di sini petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Mat Ghani Lateh berkata, pada pukul 5 petang tadi, pihaknya mengesan sebuah video berdurasi enam saat yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook ‘Bandar Baru Bangi Komuniti’ yang mendakwa berlaku kejadian langgar lari tersebut.

“Siasatan awal telah dijalankan oleh Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai mendapati kejadian berlaku lebih kurang pukul 7.15 pagi semalam.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila seorang penunggang motosikal yang ketika itu sedang menunggang motosikal di lorong kiri telah bergesel dengan sebuah kereta jenis Proton Persona yang datang dari arah belakang di lorong yang sama.

“Ini menyebabkan penunggang motosikal itu hilang kawalan lalu tergesel kereta jenis
Perodua Ativa,” katanya kepada media di sini hari ini.

Mat Ghani berkata, selepas kejadian, pemandu Proton Persona tersebut tidak memberhentikan kenderaannya dan terus beredar daripada tempat kejadian.

“Penunggang motosikal yang mengalami kecederaan luka ringan di bahagian tangan dan kaki telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk menerima rawatan lanjut,”katanya.

Beliau berkata, pihak polis juga memohon agar saksi kejadian terutama pihak yang menularkan video tersebut supaya dapat menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Trafik IPD Nilai, Sarjan Chandra Miqael Puang di talian 011-10622659 bagi membantu siasatan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI