fbpx

Tauke maut, pekerja patah kaki bengkel meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba sedang memadam kebakaran akibat letupan sebuah bengkel di Jalan Persiaran Mutiara Mas, Taman Mutiara Rini, Skudai, Johor Bahru, Malam semalam.

JOHOR BAHRU – Seorang pemilik bengkel maut manakala pekerjanya cedera selepas bengkel membaiki jentera berat meletup dalam kejadian di Jalan Persiaran Mutiara Mas, Taman Mutiara Rini, Skudai di sini malam semalam.

Dalam kejadian pada pukul 9.13 malam itu, mangsa yang berusia 41 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala pekerjanya yang berusia 27 tahun melecur dan patah kaki.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, semasa kejadian, kedua-dua mangsa sedang melakukan kerja-kerja kimpalan terhadap sebuah lori tangki di dalam bengkel berkenaan.

“Ketika melakukan kerja-kerja kimpalan tangki minyak yang losing berlaku satu letupan yang just sehingga meragut nyawa seorang lelaki yang juga pemilik bengkel dan seorang lelaki yang juga pekerja melecur dan patah kaki.

“Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat dan rawatan kecemasan,”katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, BBP Larkin dan BBP Pekan Nenas diaturgerak ke lokasi kejadian bersama dengan kekuatan 24 anggota.

Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Faiz Suleiman berkata, setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar berlaku kebakaran melibatkan sebuah bengkel jenis kekal berkeluasan 40 kaki x 40 kaki.

“Kesan kebakaran telah memusnahkan 60 peratus daripada premis tersebut. PKO bertindak memadamkan kebakaran dengan menggunakan satu aliran 300 kaki dua pancutan air dari jentera J1-01 sumber air dari pili bomba berhampiran.

“Semasa kejadian, telah berlaku letupan dan kesan letupan tersebut telah mengakibatkan kerosakan pada cermin tingkap rumah yang berada pada jarak lebih kurang 100 kaki dari bengkel tersebut. Kesan letupan turut mengakibatkan dua orang mangsa telah melecur dan dihantar ke hospital berhampiran sebelum PKO tiba di lokasi kejadian,”katanya.

Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dan operasi ditamatkan pada pukul 11.39 malam.

Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.-KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI