fbpx

Rumah dinaiki air selepas jiran sengaja bina ‘empangan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dinding konkrit telah dibina di sempadan dua hartanah tersebut lalu mengubah aliran air yang menyebabkan kawasan rumah Cook dipenuhi air bertakung. – WLOS

RALEIGH, CAROLINA UTARA – Perbuatan seorang penduduk di negeri Carolina Utara membina struktur menyerupai empangan di sekeliling rumahnya menyebabkan kediaman jirannya dilanda banjir dengan kerugian mencecah  AS$100,000 (RM466,227).

Akhbar Daily Mirror melaporkan, seorang penduduk yang terjejas, Joe Cook telah melantik peguam dan mahu memfailkan kes saman sivil di mahkamah.

Cook percaya bahawa dinding konkrit yang dibina di sempadan hartanah mereka telah mengubah aliran air,  menyebabkan kawasan rumahnya dipenuhi air bertakung.

Keadaan itu menyebabkan ayam-ayam peliharaannya mati, manakala  kerosakan yang berlaku dianggarkan bernilai ratusan ribu dolar.

“Dia (jiran) membina empangan di kawasan tanah tinggi di sebelah hartanah saya dan merosakkan kediaman saya. 

“Garaj saya juga rosak. Seseorang memberitahu bahawa tapak garaj tersebut telah musnah dan saya tidak mampu membina garaj baharu,” ujar Cook sambil menambah, dia cuba mengajak jirannya berbincang mengenai perkara itu, namun mereka enggan.

Berikutan itu, Cook melantik seorang peguam bagi membawa perkara itu ke mahkamah.

“Di bawah undang-undang Carolina Utara, anda tidak boleh membina struktur seumpama itu sehingga mengganggu aliran air semula jadi yang seterusnya menyebabkan kerosakan ada harta benda orang lain,” kata peguam Cook, Rusty McLean. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI