fbpx

Penganggur dijel tiga tahun, dua sebatan samun warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Kuala Pilah.

KUALA PILAH- Seorang penganggur dijatuhi hukuman tiga tahun penjara dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah merompak secara berkumpulan di Bahau, Jempol bulan lalu.

Tertuduh, Muhammad Amirul Syafiq Daud Hamzah, 22, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh bersama-sama suspek yang masih bebas telah melakukan rompakan secara berkumpulan iaitu melarikan beg pinggang dan dokumen penting milik seorang lelaki.

Tertuduh bersama suspek masih bebas itu semasa melakukan rompakan berkenaan bersenjatakan senjata maut iaitu sebatang kayu dan sebilah parang.

Kesalahan itu dilakukan di tepi sungai belakang deretan kedai Pusat Perindustrian Mahogani Bahau,Jempol pada 6 Jun lepas jam lebih kurang 1.15 pagi.

Oleh itu, tertuduh telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 kanun yang sama.

Mahkamah kemudiannya menjatuhi hukuman tiga tahun penjara dari tarikh dia ditangkap dan dua sebatan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, seorang lelaki warga emas berusia 64 tahun datang ke Balai Polis Bahau dalam keadaan berlumuran darah di bahagian muka selepas disamun dua lelaki tidak dikenali ketika memancing di lokasi kejadian.

Mangsa telah ditolak ke dalam sungai dan begnya yang berisi wang kira-kira RM1,000 dan dokumen penting dilarikan suspek.

Sementara itu, tertuduh di bawa ke Mahkamah Majistret Bahau bagi pendakwaan atas kesalahan mencuri duit tabung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI