fbpx

E-Shopaholics pakar selok-belok dalam ekosistem e-dagang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pembeli tegar online menyumbang kepada peningkatan jualan syarikat. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ninja Van Malaysia mendapati bahawa pembeli tegar dalam talian ini terdiri daripada pengguna terawal platform beli-belah dalam talian dan mereka adalah pakar dalam selok-belok ekosistem e-dagang serta mahir menggunakan pelbagai saluran untuk membeli belah. 

Ketua Pegawai Eksekutif Ninja Van Malaysia, Adzim Halim berkata, kumpulan pakar ini digelar sebagai e-shopaholics yang mana mereka sering berbelanja dan membeli pelbagai kategori produk dan berbelanja dua kali ganda lebih banyak berbanding pembeli dalam talian biasa.

E-shopaholics memiliki standard pembelian yang lebih tinggi daripada pembeli dalam talian biasa. 

“Mereka lebih teliti dalam setiap peringkat proses membeli-belah, dari pemilihan barang hingga penerimaan bungkusan,” katanya dalam kenyatan berhubung kertas putih yang diterbitkan bertajuk What’s next for the future of E-commerce in Southeast Asia? hari ini.

Kajian mengenai masa depan e-dagang di Asia Tenggara ini telah dijalankan di enam buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Filipina, Indonesia, Thailand, dan Vietnam dengan melibatkan lebih 9,000 responden untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai kumpulan pembeli tegar dalam talian ini, yang digelar e- shopaholics.

 Adzim menjelaskan, daripada 1,504 pembeli yang menyertai kajian ini di Malaysia, hanya 29 peratus pembeli dikenalpasti  sebagai e-shopaholics, bagaimanapun, kumpulan pembeli yang kecil ini menyumbang kira-kira 50 peratus kepada jumlah e-dagang di negara ini.

Mereka secara purata berbelanja dalam 11 kategori berbeza  iaitu terdiri daripada produk kecantikan dan penjagaan kesihatan, elektronik, fesyen dan lain-lain. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI