fbpx

Buruh didakwa rogol anak tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengiringi tertuduh (kiri) untuk didakwa atas pertuduhan merogol anak tirinya di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. -Foto ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol anak tirinya di sebuah rumah di Pasir Puteh dekat sini pada bulan lalu.

Tertuduh yang berusia 31 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol anak tirinya yang berusia 13 tahun tujuh bulan ketika kejadian kerana lelaki tersebut tidak boleh berkahwin dengan mangsa mengikut hukum agama Islam.

Perbuatan itu dilakukan olehnya di sebuah rumah di Pasir Puteh, dekat sini kira-kira pukul 6 petang pada pada awal bulan Jun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara tidak kurang daripada lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun dan tidak kurang 10 sebatan jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Abu Arsalnaa tidak mencadangkan sebarang jaminan kepada tertuduh kerana kes tersebut serius dan tidak boleh dijamin.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selain menetapkan 21 Ogos depan untuk sebutan semula kes, serahan dokumen dan laporan kimia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI