fbpx

Alia Bhatt pernah dicop bodoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIA BHATT

AKTRES Alia Bhatt kini berada dalam senarai selebriti kelas A Bollywood yang turut kerap dipilih sebagai duta bagi produk berjenama.

Walaupun menceburi arena lakonan sejak awal belasan tahun, pelakon berusia 30 tahun itu mengakui ramai yang skeptikal terhadap kebolehan dirinya.

Malah anak kepada pengarah filem, Mahesh Bhatt dan aktres, Soni Razdan itu menafikan dia dapat masuk ke arena perfileman dengan mudah atas tiket orang tuanya.

Akui isteri kepada Ranbir Kapoor itu, dia pernah diselar secara berdepan oleh seorang individu popular yang menyifatkan dirinya sebagai bodoh.

Biarpun perkara itu telah lama berlalu, Alia tetap mengingati kata-kata kasar individu tersebut sampai sekarang.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI