fbpx

Tiga lelaki disyaki seksa anjing hingga mati diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan dua suspek lelaki bertindak memukul anjing menggunakan batang kayu dan keadaanya haiwan itu yang telah mati.

GEORGE TOWN – Polis menahan tiga lelaki warga tempatan selepas disyaki menyeksa dan menzalimi seekor anjing sehingga mati di Kampung Teluk Tempoyak, Batu Maung di sini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, tiga lelaki berusia 40 hingga 53 tahun itu ditahan antara pukul 11.45 malam semalam hingga pukul 1 pagi tadi di sekitar Batu Maung.

“Kesemua suspek yang bekerja sebagai ejen kargo, nelayan dan pemandu bas telah direman selama tiga hari sehingga 12 Julai untuk siasatan lanjut.

“Ketiga-tiga suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan saringan air kencing juga didapati bebas daripada kandungan dadah,” katanya di sini hari ini.

Menurut Kok Chin, kes disiasat mengikut Seksyen 29 (1) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

“Pihak polis akan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang mendera atau memukul binatang tanpa alasan yang munasabah.

“Polis juga mengingatkan orang ramai supaya tidak menularkan video berkenaan,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI