fbpx

Raja Permaisuri Agong usap perut, doakan zuriat buat Siti Elizad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Elizad berkongsi gambar kenangan bersama Raja Permaisuri Agong di Instagramnya.

PETALING JAYA – Keprihatian Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengusap perut pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad di samping mendoakan kehamilan buatnya berjaya menyentuh hati ramai.

Gelagat spontan Baginda Tuanku dikongsikan Siti Elizad menerusi hantaran di Instagramnya semalam.

Menurut Siti Elizad, dia menzahirkan rasa terharu apabila Raja Permaisuri Agong sudi mendoakannya agar diberi rezeki menimang cahaya mata selepas hampir lapan tahun mendirikan rumah tangga.

“Saya baru balik dari haji ni (sambil usap perut kita). Insya-Allah ada rezekinya nanti, ikhtiar lagi,” kata Elizad yang menulis semula kata-kata yang diungkap Baginda Tuanku.

Menerusi ruangan kapsyen hantaran yang dimuat naik Siti Elizad, dia berasa tersentuh dan berterima kasih di atas doa yang dititipkan Raja Permaisuri Agong buat rakyat biasa sepertinya.

“Saya, sangat terharu, gembira, teruja semua ada. Terima kasih Raja Permaisuri Agong atas keprihatinan dan doa indah daripada Tuanku yang tak henti-henti dari dulu lagi,” luahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat penyampai radio tersebut turut mendoakan kebahagian dan rezeki anak buat dirinya selain menitipkan kata-kata positif agar Siti Elizad kekal bersemangat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI