fbpx

Chatbot kahwinkan pasangan di Colorado

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan Reece Wiench (kiri) dan Deyton Truitt menggunakan Chatbot (tengah) bagi menggantikan paderi dalam majlis perkahwinan mereka di Colorado pada bulan lalu. - Foto News24

WASHINGTON – Program komputer kecerdasan buatan (AI), Chatbot mencipta sejarah apabila mengendalikan majlis perkahwinan di negeri Colorado, Amerika Syarikat bulan lalu, lapor portal berita New York Post semalam.  

Pasangan Reece Wiench dan Deyton Truitt meraikan perkahwinan mereka di sebuah gereja di  Morrison, Colorado dan mereka bersetuju menggunakan teknologi masa depan.

Mereka menggunakan Chatbot yang  dikuasakan oleh ChatGPT bagi menggantikan paderi dalam majlis perkahwinan.

“Terima kasih semua kerana menyertai kami untuk meraikan cinta dan perpaduan yang luar biasa, Reece Wiench dan Deyton Truitt,” kata chatbot itu pada majlis perkahwinan pasangan itu.

Wiench dan Truitt berkata, mereka merancang perkahwinan mereka dalam masa lima hari sahaja dan menjelaskan bahawa suaminya akan ditempatkan untuk bertugas oleh pihak tentera, manakala  Wiench mahu menyertainya selepas latihan asas.

Colorado tidak memerlukan pegawai perkahwinan berlesen untuk mengiktiraf majlis perkahwinan.

Sehubungan itu, bapa pengantin perempuan, Stephen Wiench, mempunyai idea untuk menggunakan chatbot yang lebih mudah dan lebih murah  dalam majlis perkahwinan anaknya.

Chatbot pada mulanya teragak-agak untuk menjalankan majlis itu, gurau portal berita yang juga stesen televisyen, CBS Colorado. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI