fbpx

4 diberkas gaduh kerana hutang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA daripada empat lelaki ditahan selepas terlibat dalam pergaduhan di kawasan loji kumbahan, Taman Megah, Pontian, semalam.

PONTIAN – Empat lelaki ditahan kerana terlibat dengan pergaduhan disebabkan hutang di loji kumbahan Taman Megah, disini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, mereka yang ditahan berusia diantara 22 hingga 50 tahun dan saling mengenali antara satu sama lain.

Katanya, pergaduhan tersebut dipercayai melibatkan seorang lelaki yang menuntut hutang, namun berlaku campur tangan daripada dua lelaki lain bagi membantu rakannya itu.

“Keempat-empat lelaki tempatan ini beralamat di Kampung Pontian Besar dan Parit Semerah telah dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Pontian bagi siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini tular di media sosial pergaduhan keempat mereka di kawasan Loji Kumbahan Taman Megah yang turut disaksikan oleh orang ramai yang bagi melibat kejadian tersebut.

Ketika kejadian berlaku, sedang berlangsung pertandingan Bola Sepak Piala FA di Padang Sintetik Taman Megah berdekatan lokasi kejadian.

Tambah Mohammad Shofee, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Kesekaaan jika sabit boleh dihukum penjara selama lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI