fbpx

Muhammad Fikri sempat mohon maaf sebelum cuti – Majikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHRIZAL menyiram air mawar ke atas pusara Muhammad Fikri (gambar kecil) yang selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Kuda, Semerah, Batu Pahat semalam.

BATU PAHAT – Majikan Muhammad Fikri Saliman, 24, tidak sangka permintaan pemuda itu agar semua rakan sekerja tidak pulang awal selepas restoran mereka tamat operasi pada 28 Jun lalu merupakan petanda pemergiannya.

Muhammad Amirul Hakim Kamaluddin, 31, yang merupakan pengurus restoran berkata, Muhammad Fikri yang dipanggil Acap oleh rakan rapat mahu berborak lama dengan mereka sebelum bercuti Hari Raya Aidiladha.

“Kami mahu pulang awal ke­rana esok pagi sudah raya (Aidiladha) kerana Acap minta tunggu sampai dia sanggup matikan enjin motosikal kami yang telah dihidupkan.

“Dia kata mahu berbual lama kerana akan bercuti lama dan mungkin susah hendak jumpa selepas ini,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini kelmarin.

Mayat Muhammad Fikri merupakan mangsa kesembilan tragedi kepala air Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman yang dijumpai pada pukul 9.20 pagi kelmarin.

Muhammad Amirul Hakim berkata, Acap juga sempat memohon maaf kepadanya menerusi aplikasi WhatsApp beberapa jam sebelum menjadi korban kepala air di Jeram Mawar.

Katanya, Acap memohon maaf kerana perlu mengambil cuti panjang bagi urus persiapan perkahwinannya.

“Tanpa kami sedar dia dan keluarga bakal mentuanya dihan­yutkan kepala air kira-kira tiga jam selepas mesej itu dihantar.

“Saya pelik dia gagal dihubungi selepas itu sehinggalah nama­nya diumum salah satu mangsa tragedi kepala air,” katanya.

Muhammad Amirul Hakim berkata, dia tiba ke Air Putih pada kelmarin untuk memberi sokongan kepada keluarga Acap.

Jenazah Allahyarham Muhammad Fikri dikebumikan kira-kira pukul 7 semalam di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Kuda, Semerah di sini berhampiran pusara ibunya, Zaitun Rashid yang meninggal dunia pada Mac tahun lalu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI