fbpx

Jenazah mangsa kelapan selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Putri Alleya Maisarah dikebumikan bersebelahan kubur tujuh ahli keluarganya di Tanah Perkuburan Islam Felda Lepar Hilir 3 di Kuantan malam semalam.

KUANTAN – Jenazah mangsa kelapan tragedi kepala air Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman, Terengganu, Putri Alleya Maisarah Karim, 16, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Lepar Hilir 3 kira-kira pukul 11.40 malam semalam.

Jenazah Putri Alleya Maisarah yang dibawa menaiki van jenazah itu bertolak dari Unit Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kira-kira pukul 8.10 malam tadi.

Jenazah tiba di Masjid Ubbudiah Felda Lepar Hilir 3 kira-kira pukul 10.45 malam dan disembahyangkan sebelum dikebumikan bersebelahan kubur tujuh ahli keluarganya di Tanah Perkuburan Islam Felda Lepar Hilir 3.

Semalam, tujuh jenazah iaitu Azizah Eiyi, 40, Karim Abdullah, 39, Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, Putri Nurerina Natasya Karim, 10, Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, Putri Aryana Umaira Karim, 4, dan Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18, selamat dikebumikan dalam satu liang kubur.

Setakat ini, dua lagi mangsa masih belum ditemukan iaitu Putri Nor Fatin, 14 dan tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI