fbpx

[VIDEO] ‘Saya cuba selamatkan anak lemas tetapi gagal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keluarga Adryan Mikhael Mohamad Afiq, setelah mayat hanyut lemas di di Sungai Ketil, Kampung Lubuk Pedati, Kedah, pagi tadi.

BALING – Seorang bayi berusia setahun tujuh bulan ditemui lemas selepas dihanyutkan air deras ketika menaiki pelampung bersama bapanya di Sungai Ketil, Kampung Lubuk Pedati, kira-kira pukul 11.51 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Shamsudin Mamat, berkata, Adryan Mikhael Mohamad Afiq, berusia setahun tujuh bulan, ditemui lemas kira-kira pukul 12.45 tengah hari di Kampung Sungai Limau kira-kira 3.3 kilometer dari lokasi mangsa terjatuh.

“Setelah dimaklumkan kejadian, sepasukan polis dari Balai Polis Baling terdiri daripada seorang pegawai dan lima anggota telah ke lokasi kejadian. Pada pukul 12.45 tengah hari, pasukan penyelamat berjaya menemui mangsa melalui orang kampung, ketika ditemui mangsa telah pun meninggal dunia,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, bapa mangsa, Mohamad Afiq Kasim, 30, dari Sungai Nibong, berkata, mereka ke sungai berkenaan untuk berkelah bersama rakan-rakannya dan tidak menyangka tragedi malang menimpa anak sulung kesayangan mereka.

“Ketika kejadian saya dan anak serta seorang lagi budak lelaki yang merupakan anak rakan menaiki pelampung berbentuk seperti bot sebelum pelampung itu tersangkut dekat ranting pokok buluh yang terjuntai ke dalam air.

“Saya cuba menyelamatkan pelampung daripada terbalik namun gagal kerana arus deras, dalam keadan kelam kabut, saya sempat selamatkan anak rakan, namun anak saya terus dihanyutkan air,” katanya.

Katanya, dia menjerit meminta tolong, dan ada beberapa orang kanak-kanak kampung sedang mandi di kawasan berhampiran cuba menyelam dan mencari anaknya, tetapi gagal ditemui. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI