fbpx

Anwar tidak buat kerja, hanya bercakap sahaja – Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahathir ketika berucap pada program tersebut. Foto oleh SADDAM YUSOFF/KOSMO!

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjalankan tugasnya sebagai Perdana Menteri ketika ini.

Menurutnya, beliau melihat Anwar hanya menghabiskan masa bercakap dengan rakyat berbanding melakukan tugasnya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

“Saya pun hairan ketika ini kerana Anwar sudah dilantik menjadi Perdana Menteri, tapi nampak macam beliau tak buat tugas yang sepatutnya dibuat sebagai orang yang menjawat jawatan itu.

“Sepatutnya, beliau selesaikan masalah yang membelenggu rakyat ketika ini, tapi saya nampak beliau tak buat hal itu pada masa ini,” katanya ketika berucap pada program Bicara Bangsa di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini, hari ini.

Menurut beliau, Anwar sepatutnya lebih menumpukan tugasnya di pejabat serta berjumpa dengan pihak berkepentingan bagi menyelesaikan beberapa masalah rakyat yang kritikal pada masa kini.

Mahathir turut menegur kerajaan supaya segera menyelesaikan beberapa masalah harian rakyat seperti isu kenaikan harga barang harian.

“Semasa saya jadi Perdana Menteri, saya ada buat beberapa tindakan untuk mengelak beberapa barang keperluan harian daripada naik.

“Kalau dulu saya boleh buat, mengapa kerajaan kini tidak boleh buat,” soalnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI