fbpx

Tragedi kepala air: Mayat mangsa ke-9 ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota keselamatan mengangkat mayat mangsa tragedi kepala air Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman yang dijumpai hari ini

KEMAMAN – Selepas dua hari tiada sebarang petunjuk baharu dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa tragedi kepala air Jeram Mawar, Air Putih, mayat mangsa kesembilan berjaya ditemukan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mayat dipercayai lelaki itu ditemui pada pukul 9.20 pagi.

“Mayat mangsa ditemui terdampar di beting pasir oleh pasukan penyelamat pada jarak kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

“Selepas dua jam, usaha membawa keluar mayat mangsa berjaya dilakukan. Bagaimanapun, kita belum pasti identiti dan jantina sebenar mangsa, namun percaya mayat itu mungkin lelaki,” katanya di Balai Air Putih, di sini hari ini.

Muhammad Fikri Saliman, 24 yang merupakan tunang Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18, yang dijumpai Selasa lalu merupakan salah satu daripada dua mangsa tragedi kepala air Jeram Mawar yang masih hilang.

Hanyan berkata, mayat mangsa akan dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.

Kosmo! Online semalam, melaporkan abang Muhammad Fikri, Shahrizal, 40, melaungkan azan di lokasi kejadian sebagai ikhtiar memudahkan proses baki dua mangsa.

Terdahulu, sembilan sekeluarga dihanyutkan kepala air sewaktu berkhemah di Jeram Mawar pada Sabtu lalu.

Setakat ini, lapan mayat mangsa iaitu Karim Abdullah, 39, dan Azizah Eiyi, 40, serta enam anak mereka telah ditemui dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Lepar Hilir 3, Gambang, Pahang pada Selasa dan Rabu.

Seorang lagi mangsa yang masih hilang ialah Putri Nor Fatin, 14, yang merupakan anak ketiga pasangan Azizah dan Karim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI