fbpx

Chery Malaysia lancar Tiggo 8Pro, Omoda 5 serentak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul melihat SUV itu ketika majlis pelancaran itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA LUMPUR – Chery Malaysia telah melancarkan dua model kenderaan utiliti sukan (SUV), Tiggo 8Pro dan Omoda 5 serentak, malam tadi.

Menurut Naib Presidennya, Wen Hsiang, dua varian ditawarkan untuk Omoda 5 pada harga bermula RM108,800 manakala hanya satu varian ditawarkan untuk Tiggo 8Pro pada harga RM159,800.

“Harga yang kompetitif ini menggambarkan komitmen kami untuk menjadikan kecemerlangan dapat dicapai, menawarkan pelanggan kami kenderaan yang luar biasa yang menggabungkan gaya, prestasi dan nilai.

“Nilai luar biasa ini membolehkan pelanggan kami menikmati kemewahan, kecanggihan dan ciri canggih SUV yang luar biasa ini,” katanya ketika majlis pelancaran model itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, malam tadi.

Turut hadir melancarkan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Tambahnya, Chery juga menawarkan waranti kenderaan selama tujuh tahun atau 150,000 kilometer (km) perjalanan.

“Bagi 3,000 pelanggan pertama akan menerima waranti enjin selama 10 tahun atau satu juta kilometer perjalanan,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI