fbpx

Baru darjah 4, sudah kena fikir sifir 73

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar soalan Matematik melalui satu hantaran oleh ibu murid darjah 4 di Facebook Cikgu Fadli hari ini.

PETALING JAYA – Seorang guru, Mohd. Fadli Salleh atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fadli mempertikaikan tentang kewajaran satu soalan Matematik bagi murid tahun 4.

Jelasnya di Facebook hari ini, satu hantaran oleh seorang penjaga murid terbabit mempersoalkan berkenaan soalan bahagi 73 terhadap murid tahun 4 di sekolah rendah.

“Seorang ibu muat naik gambar ini dan pertikaikan kenapa budak darjah 4 kena jawab soalan bahagi 73?

“Cuba suruh yang gubal soalan jawab, nescaya dia akan guna kalkulator.

Nak selesaikan bahagi 73 ni kena bina sifir 73 dulu. Ia hanya akan membuang masa, tak ada guna pun besar esok.

“Kau jadi akauntan ke, pilot ke, astronaut ke, penoreh getah ke, takkan bina sifir 73 dalam apa jua bidang pekerjaan,” tulisnya.

Tambah Cikgu Fadli lagi, sekiranya seseorang itu ingin selesaikan juga permasaalahan Matematik tersebut, tentunya akan diselesaikan menggunakan kalkulator.

“Jika pun perlu bahagi 73, orang akan guna kalkulator. Pada kalian relevan ke soalan macam ni?

“Hah, bincang,” tulisnya lagi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI