fbpx

Suspek cekik adik tiada rekod disiplin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOKASI seorang kanak-kanak lelaki maut dipercayai dicekik abang kandungnya di Kampung Bukit Piatu, Melaka.

MELAKA – Remaja berusia 14 tahun yang dipercayai mencekik adik lelakinya sehingga mati tidak mempunyai rekod masalah disiplin di sekolah.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, hasil siasatan mendapati suspek merupakan seorang pelajar di sebuah sekolah berasrama di Alor Gajah.

“Suspek adalah anak sulung kepada empat beradik dan merupakan seorang pelajar sekolah Arab.

“Semakan rekod bersama pihak sekolah mendapati dia tidak mempunyai sebarang rekod (masalah) disiplin,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, lewat malam tadi.

Katanya, suspek kini ditahan bagi membantu siasatan polis dan satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi mengetahui motif kejadian.

Mengulas lanjut Christopher berkata, kejadian tersebut telah dilaporkan oleh orang awam kira-kira pukul 12.30 tengah hari sebelum sepasukan dikejarkan ke lokasi.

“Tragedi itu disedari ibu mangsa yang memantau rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) melalui telefon apabila mendapati anak sulungnya itu telah mencekik adiknya berusia sembilan tahun sehingga tidak sedarkan diri di rumah mereka.

“Dia kemudian meminta jiran untuk melihat keadaan yang berlaku, namun mangsa dikatakan sudah tidak bergerak lagi,”katanya.

Tambahnya, mangsa dijumpai jiran dalam keadaan terbaring di ruang tamu dengan kesan kecederaan di bahagian muka, hidung dan leher.

Kosmo! malam tadi melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas dipercayai dicekik abang kandungnya di Kampung Bukit Piatu, di sini, tengah hari semalam.

Saksi kejadian yang juga jiran mangsa Qhurun Ain Johani, 31, memberitahu dia tidak menyangka tragedi menyayat hati itu berlaku susulan remaja tersebut merupakan seorang anak yang baik.

“Cuma baru-baru ini dia mengalami trauma kerana mendakwa menjadi mangsa buli di sekolah dan pernah meracau, namun dikatakan telah sembuh selepas dibawa menjalani rawatan oleh keluarganya,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI