fbpx

Penjaga gol Brighton sasaran terbaharu United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANCHEZ menjadi sasaran Ten Hag selepas menampilkan aksi cemerlang ketika Brighton menentang United pada aksi separuh akhir Piala FA musim lepas. – AFP

MANCHESTER – Penjaga gol Brighton, Robert Sanchez dijangka meninggalkan pasukan tersebut pada jendela perpindahan musim panas kali ini selepas dia menjadi sasaran Manchester United.

Pemain berusia 25 tahun itu dikatakan sudah tidak sebulu dengan pengurus, Roberto de Zerbi selepas dia kehilangan tempat selaku penjaga gawang utama Brighton yang diserahkan kepada Jason Steele.

Selain itu, kehadiran penjaga gol baharu, Bart Verbruggen dari Anderlecht yang dibawa masuk dengan nilai £16.3 juta (RM96.13 juta) turut menyaksikan Sanchez ‘turun pangkat’ sebagai pilihan ketiga.

Justeru, United yang sedang memburu khidmat penjaga gol baharu selepas David De Gea menjadi ejen bebas menjadikan Sanchez sebagai pilihan, namun perlu membayar yuran perpindahan £30 juta (RM176.93 juta).

Walaupun sudah tersisih daripada kesebelasan utama, namun Sanchez masih dianggap antara penjaga gol paling konsisten pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lepas selain memiliki kemahiran dalam melakukan hantaran.

Pemain Sepanyol itu dikatakan mula menarik perhatian pengurus United, Erik ten Hag selepas dia beraksi cemerlang ketika Brighton bertemu Uni­ted pada aksi separuh akhir Piala FA musim lalu.

Sanchez dianggap sebagai sasaran realistik buat United memandangkan penjaga gol Inter Milan, Andre Onana yang merupakan sasaran utama mereka hanya boleh dibawa masuk dengan yuran perpindahan £50 juta (RM294.88 juta). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI